Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Robert Pattinson tukar fikiran, berlakon filem Batman

    Keputusan pelakon, Robert Pattinson menerima tawaran berlakon dalam filem The Batman mengejutkan ramai pihak termasuklah ejen pengurusannya.

    Ini kerana Robert sebelum ini pernah memberitahu dia cuba mengelak untuk berlakon dalam filem-filem bersiri popular lain kerana dirinya sudah sebati dengan karakter Edward Cullen dalam The Twilight Saga.

    Namun kali ini Robert tiba-tiba bersetuju memegang watak utama sebagai Bruce Wayne dalam filem adiwira terkenal, Batman.

    “Saya mahu bawa watak-watak berbeza. Malah ejen saya pun terkejut katanya… oh menarik, saya fikir awda hanya nak bawa watak orang aneh?

    “Saya pun menjawab… ya! Dia (watak Bruce Wayne) adalah orang aneh,” katanya kepada portal Variety.

    Sementara itu, pengarah Matt Reeves mengakui menerima pelbagai reaksi penonton apabila mengumumkan Robert Pattinson sebagai pelakon utama filem ini. “Belum ada aktor yang ketika namanya diumumkan menjadi watak utama dalam filem ini yang tidak dikecam.

    “Yang tidak suka itu saya tahu mereka tak pernah menyaksikan lakonan Robert Pattinson selepas Twilight,” ujarnya. The Batman dijangka menemui penonton seluruh dunia bermula 4 Mac tahun depan. – Agensi

    Robert Pattinson bakal berlakon dalam filem The Batman, sesuatu yang mengejutkan ramai pihak kerana dia sebelum ini enggan berlaku dalam filem bersiri popular lain. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...