Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    ‘Robin Hood’ India tumpas

    NEW DELHI, 22 OGOS – Polis di ibu negara India, New Delhi hari ini menahan ketua kumpulan ‘Robin Hood’ terdiri daripada 25 orang lelaki yang merompak orang kaya dan mengagihkan sebahagian hasilnya – tetapi tidak semua – kepada orang-orang miskin.

    Wasim Akram, 27, juga dikenali sebagai Lambu dan kumpulannya ‘merompak rumah-rumah besar di kawasan mewah di Delhi, mencuri wang dan barangan kemas serta memberikan sedikit hasil rompakan itu kepada orang-orang miskin, kata polis.

    “Disebabkan personalitinya, dia mempunyai ramai pengikut di kawasan itu.

    Sumber ini memberikannya maklumat segera mengenai pergerakan polis agar dia dapat melarikan diri,” kata polis Delhi dalam satu kenyataan pada Ahad.

    Penjenayah tegar itu sering bertukar tempat persembunyian di beberapa buah negeri di India, menurut kenyataan.

    Dengan 160 pertuduhan jenayah di atas namanya, termasuk rompakan, cubaan membunuh dan rogol, satu sel khas menjejak Akram dalam masa empat bulan lalu, akhirnya berjaya menangkapnya pada Jumaat.

    “Sebuah pasukan diketuai oleh Inspektor Shiv Kumar telah ditubuhkan dan perangkap dibuat di berhampiran stesen kereta api Anand Vihar di mana Wasim ditangkap,” menurut kenyataan pihak polis. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...