Friday, September 30, 2022
25.5 C
Brunei

Robinson dua kali positif COVID-19

-

LONDON, 6 OKT – Penyerang Ireland, Callum Robinson (gambar) mendedahkan dia belum menerima vaksin COVID-19 meskipun telah dijangkiti virus itu dua kali dan menegaskan pemain mempunyai hak untuk memilih apa yang harus dilakukan dengan tubuh mereka.

Robinson, pemain West Bromwich Albion di divisyen kedua England, pertama kali diuji positif pada bulan November 2020 dan dijangkiti COVID-19 sekali lagi pada bulan Ogos lalu, sehingga menyebabkan dia terlepas perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Portugal pada 1 September lalu.

Laporan menunjukkan hanya tujuh daripada 20 kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang telah lengkap menerima vaksin koronavirus.

Kadar vaksinasi juga lebih rendah berbanding populasi umum.

“Sangat menyusahkan setelah dijangkiti dua kali tetapi saya belum diberi vaksin. Saya boleh mengubah fikiran saya,” kata pemain berusia 26 tahun itu hari ini.

“Ada pengurus dan orang yang mahu awda mendapatkannya, yang betul bagi mereka, tetapi setiap orang mempunyai pilihan mereka terhadap apa yang ingin mereka lakukan,” tambahnya. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -