Robot 24 jari cuci rambut

TOKYO, 2011 – Ia mungkin kelihatan seperti kerusi salon dibesar-besarkan, tetapi ia adalah sebuah robot pencuci rambut Jepun yang mereplikakan sentuhan tangkas tangan manusia untuk menjaga rambut orang tua yang tidak berupaya.

Pencipta-penciptanya di syarikat elektronik Panasonic berkata mesin itu menonjolkan teknologi robotik dan boleh membantu mengganti penjaga manusia di negara yang semakin menua dengan pantas ini tanpa merendahkan kualiti perkhidmatan.

“Menggunakan tek-nologi tangan robotik dan 24 jari robotik, robot ini dapat mencuci rambut atau mengikat dalam cara seperti tangan untuk membantu mereka menjalani kehidupan harian yang lebih baik,” kata pencipta Tohru Nakamura.

Pelanggan menyandar ke belakang dalam apa yang kelihatan seperti kerusi salon biasa, di atas sink, dan mesin itu dinaik taraf dari versi 16 jari- mencuci, mengurut kepala dan membilas dalam mada tiga minit. Lima minit lagi untuk merapikan dan mengeringkan rambut.

Nakamura berkata masyarakat menua Jepun menyokong pasaran sihat dalam teknologi-teknologi robot penjaga.