Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Robot akan kendalikan orkestra di Korea Selatan

    SEOUL, 8 JUN – Sebuah robot akan mengendalikan orkestra buat kali pertama di Korea Selatan menerusi konsert yang dijadualkan diadakan pada akhir bulan ini.

    Yonhap melaporkan, Orkestra Kebangsaan Korea, sebuah orkestra muzik tradisional Korea di bawah Teater Kebangsaan Korea, akan membuat persembahan ‘Absence’ di Haeoreum Grand Theatre di tengah Seoul pada 30 Jun, menampilkan robot sebagai konduktor.

    Walaupun robot pernah cuba menjalankan peranan itu beberapa kali di seluruh dunia, ia merupakan percubaan pertama seumpamanya di Korea Selatan.

    Antara robot yang telah mengambil alih pentas sebagai konduktor ialah Asimo, yang dicipta oleh Honda di Jepun pada tahun 2008, Yumi, robot usaha sama di Switzerland pada 2017, Alter 2, robot humanoid kecerdasan buatan generasi kedua yang dibangunkan di Jepun pada 2018 dan Alter 3, generasi ketiga siri robot Alter, dikeluarkan pada 2020.

    Bakal mengetuai konsert itu, EveR 6, robot android ekspresif emosi dibangunkan oleh Institut Teknologi Perindustrian Korea (KITECH). – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...