Robot bantu doktor Itali pantau pesakit COVID-19

VARESE, ITALI, 5 APRIL – Robot baharu berkilat dengan lemah lembut memeriksa nadi pesakit yang dijangkiti pada mesin sokongan hayat di pusat tumpuan COVID-19 Itali.

Para doktor dan jururawat menyukainya kerana ia juga membantu menyelamatkan nyawa mereka di mana puluhan doktor dan jururawat meninggal dunia ketika cuba menyelamatkan puluhan ribu pesakit yang dirawat di hospital di utara Itali.

Kebimbangan itu dapat membantu menjelaskan kenapa doktor-doktor yang juga jururawat di sebuah hospital dekat sempadan pergunungan Itali bersama Switzerland ketawa di sebalik topeng muka mereka semasa menyiarkan gambar bersama rakan baharu mereka sebuah robot itu.

Hospital Varese telah menerima enam mesin kurus beroda. Beberapa daripadanya memiliki skrin putih dan sensor variasi berfungsi menggantikan kepala manusia.

Robot biasa lain hampir menyerupai penyapu beroda. Doktor-doktor berkata robot-robot itu membawa senyuman kepada pesakit lebih muda.

Namun tujuan sebenarnya adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa doktor-doktor daripada dijangkiti dan menularkan virus tersebut.

“Robot-robot adalah pembantu tidak kenal lelah yang tidak boleh dijangkiti, ia juga tidak akan jatuh sakit,” kata pengarah unit penjagaan rawatan rapi Hospital Circolo, Francesco Dentali.

Pembacaan yang didapati dari mesin-mesin membolehkan paramedik untuk tidak menghampiri unit-unit rawatan rapi dan memantau tanda-tanda penting pesakit pada skrin komputer dalam bilik-bilik berasingan. – AFP

Seorang jururawat (kiri) memanipulasikan robot Ivo yang digunakan untuk membantu pesakit dijangkiti koronavirus, sambil disaksikan pengarah jabatan penyakit berjangkit, Paolo Grossi pada 3 April di Circolo, Hospital Varese. – AFP