Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Robot catur patahkan jari kanak-kanak

    MOSCOW, 26 JULAI – Robot yang bermain catur memegang jari lawannya yang berusia 7 tahun dan mematahkannya semasa kejohanan Catur Terbuka Moscow minggu lalu, lapor media Rusia kelmarin.

    “Robot itu telah mematahkan jari seorang kanak-kanak,” kata Presiden Persekutuan Catur Moscow, Sergei Lazarev kepada agensi Rusia TASS. “Sudah tentu, ini adalah sesuatu yang buruk.”

    Menurut rakaman video yang dikongsikan melalui media sosial menunjukkan robot itu mengambil buah catur budak lelaki tersebut, dan memegang jarinya ketika dia mencuba untuk membuat langkah.

    Empat orang dewasa meluru masuk, bergelut untuk melepaskan budak itu daripada pegangan robot sebelum membawanya pergi dari papan catur tersebut. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...