Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Robot kembali agih air zamzam

    KUALA LUMPUR, 11 JAN – Jabatan Tertinggi Bagi Hal Ehwal Masjidilharam dan Masjid Nabawi mengaktifkan semula fungsi robot pintar untuk mengagihkan botol air zamzam kepada jemaah dan pengunjung dua masjid suci berkenaan.

    Keputusan itu dibuat susulan arahan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal di kesemua lokasi bermula akhir bulan lepas.

    Timbalan Setiausaha Bahagian Pengairan Zamzam Masjidilharam, Badr Al-Laqmani, berkata teknologi robot pintar ini mampu mengedarkan 30 botol air zamzam dalam tempoh 10 minit dan ia boleh bekerja sehingga lapan jam tanpa campur tangan manusia.

    “Ia berhenti hanya 20 saat untuk mengisi botol”, katanya seperti disiarkan menerusi portal rasmi jabatan berkenaan.

    Jelasnya lagi, usaha sedang giat dijalankan untuk membolehkan robot dapat beroperasi secara meluas di dalam Masjidilharam dan Masjid Nabawi untuk turut mengendalikan beg dan silinder mudah alih.

    “Kami berusaha untuk menyediakan tahap keselamatan dan kualiti tertinggi untuk pengunjung Masjidilharam,” ujarnya.

    Tambahnya lagi, sebagai langkah berjaga-jaga dan memanfaatkan sepenuhnya teknologi kecerdasan buatan (AI), pihaknya sedang dalam perancangan untuk membangunkan sensor tanpa sentuh pada tangki marmar yang mengalirkan air zamzam di seluruh Masjidilharam.

    Arab Saudi buat pertama kali merekodkan jangkitan harian COVID-19 melebihi 4,000 kes semalam apabila mencatatkan 4,778 kes baharu. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...