Robot pendamping kanak-kanak, warga tua dibangunkan KT Corp

SEOUL, 17 SEPT – KT Corp., syarikat penghantaran mudah alih utama Korea Selatan, pada hari ini berkata ia telah menandatangani perjanjian dengan unit telekomunikasi Kakao Corp untuk membangunkan robot pendamping dengan kecerdasan buatan (AI) yang menyasarkan kanak-kanak dan warga tua, lapor agensi berita Yonhap.

Perjanjian itu turut ditandatangani Nuwa Robotics Corp yang berpangkalan di Taiwan dan organisasi bukan kerajaan Ashoka Korea, syarikat-syarikat tersebut menyasarkan untuk melancarkan robot pendamping berkenaan pada separuh pertama tahun depan.

KT menyatakan robot itu akan menampilkan pergerakan asas, seperti mengangguk kepala dan melipat lengannya, dan juga dilengkapi dengan kandungan interaktif berdasarkan teknologi AI pembesar suara pintar penghantaran mudah alih untuk berfungsi sebagai pendamping kepada kanak-kanak dan orang tua. – Bernama