Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Robot percepatkan proses pembelian dalam talian

    Gambar AFP

    TEL AVIV – Di belakang kedai yang gelap dan legap di Tel Aviv, sebuah syarikat mempercepatkan pembelian dalam talian dengan menggantikan kakitangan dengan robot yang bergerak di sekitar bilik stor kecil.

    Berpusing-pusing di sepanjang rel antara dua rak panjang yang dipenuhi dengan kapsul kopi, sebuah robot berhenti, berputar ke kanan, memancarkan cahaya sebelum mengambil barang dan memasukkannya ke dalam beg kertas.

    “Pembeli ingin menerima barang mereka lebih cepat,” kata Eyal Yair, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif 1MRobotics, yang membangunkan sebuah bilik stor automatik lewat tahun lalu.

    “Sebelum ini, kita melihat penghantaran mengambil masa selama dua hari, kemudian ia menjadi satu hari, dan selepas itu menjadi dua jam, dan kini kami mengambil masa 10 minit,” katanya.

    Robot itu bekerja di ruang sebesar 30 meter persegi yang dibuat khusus untuk menyimpan kapsul, dilengkapi dengan lubang kecil untuk kurir dan pembeli mengambil pesanan dalam talian.

    Eyal Yair, pengasas bersama dan ketua pegawai eksekutif 1MRobotivcs.
    Robot menerima pesanan, kemudian membungkus dan menyediakan barangan, dan manusia hanya diperlukan untuk mengisi semula gudang dan membuat penghantaran.
    Seorang lelaki sedang menyesuaikan robot-robot yang boleh didapatkan di pasaran.

    Robot itu menerima pesanan, membungkus dan menyediakannya, dan kakitangan manusia hanya diperlukan untuk mengisi semula gudang dan membuat penghantaran.

    Meskipun robot-robot digunakan untuk membungkus barangan runcit di pasar raya besar di seluruh dunia, Yair berkata saiz gedung 1MRobotics menjadikan mereka ‘perintis’.

    “Kami jarang mendengar mengenai syarikat-syarikat lain bercakap mengenai gudang kecil, berukuran beberapa dozen meter persegi,” dia memberitahu AFP.

    Yair berpendapat operasi pantas yang dikendalikan oleh kakitangan manusia dan bukannya robot hanya lebih menguntungkan dari segi kewangan bagi syarikat yang lebih kecil yang mengendalikan lebih sedikit pesanan.

    Tetapi “sebaik sahaja awda mula meningkat dan mengendalikan puluhan pesanan dalam masa sehari, awda memerlukan lebih ramai orang,” katanya. “Itu yang membuatkannya kurang jimat.”

    Pandemik COVID telah merangsang pertumbuhan pasaran e-dagang, dengan penjual bergelut untuk memenuhi permintaan yang meningkat untuk pemprosesan dan penghantaran segera.

    Penyelesaiannya ‘memerlukan gudang-gudang kecil, sangat dekat kepada klien, dan yang paling penting, ia beroperasi secara automatik,” kata Yair.

    Di ibu pejabat 1MRobotics di selatan Tel Aviv, golongan muda sedang menyesuaikan robot-robot yang boleh didapatkan di pasaran.

    Digabungkan dengan kecerdasan tiruan, robot-robot tersebut direka untuk membungkus buah-buahan dan sayur-sayuran, serta beberapa barangan sejuk beku dengan berhati-hati hasil daripada kaedah yang mencegah minyak daripada robot tersebut daripada membeku.

    Syarikat itu juga membangunkan kontena yang akan dijadikan sebagai gudang mini, dan Yair berkata robot-robot dan unit penyimpanan mereka tidak lama lagi akan bekerja dengan kedai di Brazil, pasar raya kecil di Jerman dan syarikat telefon bimbit di Afrika Selatan.

    Bagi pandangannya, ia hanya menunggu masa sebelum ‘infrastruktur logistik’ seperti gudang robotik miliknya membuatkan pasar raya kurang diminati.

    “Sebaik sahaja awda mempunyai perkhidmatan di mana awda boleh memesan 10 barang dalam beberapa kali sehari dan dihantar kepada awda dalam masa 10 minit, tidak ada alasan untuk keluar membeli belah seminggu sekali,” katanya.

    “Ia tidak masuk akal.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...