Robot: sahabat semasa krisis virus, musuh seterusnya?

PARIS – Apabila kontak manusia perlu dikekalkan pada minimum, robot boleh menyelamatkan nyawa dan kilang. Namun apabila krisis koronavirus sudah berakhir, adakah mereka menambah lagi kehilangan pekerjaan?

Ia boleh jadi lengan mesin automatik yang menarik minuman dalam sebuah bar Seville, dispenser pensanitasi tangan seperti anjing di gedung membeli-belah Bangkok, alat pendingin di atas roda yang menghantar barang runcit di Washington, ataupun penyambut tetamu robot manusia di sebuah hospital Belgium yang juga memeriksa dan memastikan anda tidak mempunyai demam.

Kesemuanya merupakan beberapa tugas baharu yang dijalankan oleh robot apabila peraturan lockdown melihat penduduk terkurung dalam rumah mereka.

“Saat timbulnya ancaman untuk manusia, anda harus menghantar robot,” kata Cyril Kabbara, pengasas bersama firma baharu Perancis Sharks Robotics.

Robotnya Colossus membantu menyelamatkan Katedral Notre Dame di Perancis apabila api menjilat bumbungnya pada 2019, dan telah diubahsuai untuk membantu membuang plumbum yang mencemari tapak di sana.

Kakitangan hospital berdiri di depan ‘Mitra’, robot yang dilengkapi dengan kamera termal yang dipasang untuk mencatat dan menjalankan pemeriksaan pesakit sebelum mengarah mereka ke pakar perubatan tertentu di hospital Foris, Bangalore. – AFP
Gambar fail menunjukkan penduduk memerhatikan robot menyembur disinfektan di kawasan perumahan sebagai langkah pencegahan koronavirus di Chennai. – AFP

Seorang wanita berlari melintasi robot berkaki empat bernama Spot, yang menyiar mesej mengingatkan orang mengamalkan penjarakan sosial sebagai langkah mengekang penularan COVID-19 di Bishan-Ang Moh Kio Park di Singapura. – AFP

“Empat atau lima tahun lalu, apabila kami memperkenalkan Colossus, mereka ketawakan kami. Anggota bomba berkata: “Robot akan merampas pekerjaan kami,” kata usahawan itu.

Namun Colossus telah berjaya disepadukan dalam perkhidmatan bomba di Paris dan Marseille.

“Semakin kami maju, semakin tentangan akan lenyap,” kata beliau.

Robot bukan sahaja telah mencatat kemajuan dalam bidang kebersihan dan perubatan.

“Krisis telah menunjukkan bahawa anda perlu mempunyai kapasiti untuk meneruskan aktiviti walaupun apabila satu lagi krisis kesihatan melanda,” kata Kabbara.

“Kami mempunyai beberapa pengeluar yang memberitahu kami bahawa robot membenarkan mereka terus beroperasi. Dan jika mereka belum mempunyai robot berkenaan, mereka mungkin tidak dapat meneruskan operasi.

Sementara pemilik suka robot kerana mereka boleh membantu meneruskan operasi, pekerja boleh melihat mereka sebagai risiko atau ancaman kepada pekerjaan mereka.

Sudah pasti, menurut penyelidik Institusi Brookings Mark Muro.

“Penyelidikan terbaharu mencadangkan kemelesetan teruk mungkin menambah automasi untuk mengganti tenaga pekerja,” kata beliau dalam satu nota baru-baru ini untuk Unit Risikan Ekonomi.

“Orang yang mencadangkan bahawa automasi tidak akan merampas pekerjaan dalam pengeluaran, mereka silap,” kata ahli ekonomi Universiti Oxford Carl Frey.

Beliau merujuk kepada China, sebuah negara yang semakin pesat memasang robot industri, dengan 650,000 diperkenalkan dalam talian pada 2018 sahaja, dan yang kehilangan 12.5 juta pekerjaan di antara 2013 dan 2017.

Negara itu telah menyaksikan ledakan dalam ‘robofobia’ semasa krisis koronavirus, menurut satu kajian oleh universiti Sepanyol IE.

Sementara hanya 27 peratus daripada warga China menyokong untuk mengehadkan automasi sebelum krisis melanda, angka tersebut telah bertambah dua kali ganda kepada 54 peratus.

Warga China kini sudah semakin rapat dengan Perancis, yang pada 59 peratus, adalah negara yang paling tidak menyukai automasi.

Kajian juga mendedahkan tentangan terhadap automasi adalah dikaitkan dengan umur dan pendidikan, dengan penduduk lebih muda dan kurang berpendidikan paling menentang robot.

“Dari segi sejarah, teknologi juga telah mewujudkan banyak pekerjaan, namun anda melihatnya kurang dalam dunia digital,” kata Frey.

Beliau merujuk kepada pengeluar kereta atau pengeluar seperti General Electric yang masih menggaji ramai pekerja walaupun selepas menerima automasi.

“Teknologi terkenal era sekarang tidak mewujudkan banyak pekerjaan, selain daripada Amazon,” beritahunya kepada AFP.

Dengan kemajuan pesat dicatat dalam kecerdasan buatan, pekerja kolar putih semakin terjejas akibat automasi, pakar mengingatkan.

“Tidak ada kumpulan pekerja yang mungkin dilindungi sepenuhnya kali ini,” kata Muro.

Ia bukan bermakna tahap automasi yang tinggi tidak boleh wujud bersama dengan pengangguran rendah. Singapura dan Korea Selatan berada di tangga ranking teratas untuk penggunaan robot berbanding dengan saiz tenaga kerja namun mereka menikmati pengangguran yang rendah.

Meskipun begitu, Frey mengingatkan timbulnya kebimbangan yang meningkat mengenai robot mencuri pekerjaan sebaik sahaja kebimbangan koronavirus reda.

Akan tetapi beliau meragui perge-rakan menentang automasi di seluruh dunia akan memperoleh momentum memandangkan kehilangan pekerjaan merupakan fenomena tempatan dan cenderung berlaku di rantau yang telah lama menderita disebabkan kehilangan pekerjaan sektor pengeluaran. – AFP