Robotic Research umum pembiayaan AS$228 juta teknologi autonomi

CLARKSBURG, 10 JAN – Robotic Research, sebuah peneraju dunia di dalam mobiliti berautonomi dan penyelesaian robotik, hari ini mengumumkan satu pusingan pembiayaan bernilai AS$228 juta—modal luar pertama yang diperoleh syarikat itu.

Pembiayaan ini akan memacukan lagi inovasi dan pengembangan bagi bahagian komersial Robotic Research, RR.AI, yang memberi tumpuan kepada menyampaikan penyelesaian pemanduan berautonomi yang komprehensif untuk trak komersil, bas, kenderaan pengangkutan barang dan logistik. Pelabur dalam pusingan Siri A itu termasuk SoftBank Vision Fund 2, Enlightenment Capital, Crescent Cove Advisors, Henry Crown and Company, dan Luminar Technologies, Inc.

“Pelaburan ini mencerminkan kejayaan kami di dalam membangunkan penyelesaian berautonomi untuk pelanggan kerajaan Amerika Syarikat kami dan akan menyediakan sumber yang diperlukan untuk memenuhi permintaan pelanggan komersial kami yang semakin meningkat dan pengembangan bagi usaha komersial kami,” kata Alberto Lacaze, Ketua Pegawai Eksekutif, Robotic Research. “Sejarah dan pengalaman panjang kami telah membolehkan kami untuk membangunkan satu penyelesaian yang terbukti yang bukan sahaja lasak, selamat dan boleh dipercayai, tetapi juga serba boleh dan sesuai untuk beroperasi merentasi pelbagai persekitaran, keadaan cuaca dan kes penggunaan.”

Robotic Research telah berjaya menggunakan penyelesaian berautonomi dan robotik di jalan raya di seluruh dunia serta dalam persekitaran industri yang paling mencabar dan tidak berstruktur. Kit autonomi agnostik kenderaan syarikat itu, AutoDrive®, telah pun disepadukan dalam pelbagai kenderaan termasuk bas transit tugas berat automatik pertama di Amerika Utara, trak Kelas 8 dan trak halaman. AutoDrive® boleh digunakan di atas jalan, luar jalan raya atau di halaman, menjadikannya sangat sesuai untuk menyediakan satu penyelesaian pemanduan berautonomi 360° yang merangkumi pelbagai domain reka bentuk operasi yang kompleks (ODD). – Bernama

Robotic Research mengumumkan satu pusingan pembiayaan bernilai $228 juta – modal luar pertama yang diperoleh syarikat itu. – Bernama