Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Robredo bersara selepas tewas di Barcelona

    MADRID, 20 APRIL – Bekas pemain nombor lima dunia, Tommy Robredo beraksi dalam perlawanan terakhir dalam kerjayanya pada Isnin lalu, tewas dengan keputusan 6-1, 6-1 kepada Bernabe Zapata Miralles di Terbuka Barcelona.

    Robredo, pemain yang membuat penampilan sulung profesionalnya di Barcelona pada 1999 dan meraih gelaran tersebut pada 2004, telah mengumumkan akan bersara selepas bermain di kejohanan di laman sendiri pada minggu ini.

    Pemain berusia 39 tahun itu telah memenangi 12 kejuaraan ATP dan menyingkirkan Roger Federer daripada kejohanan Terbuka AS pada tahun 2013. Dia berjaya mara tujuh peringkat suku akhir Grand Slam.

    Zapata Miralles, pemain yang menduduki tempat ke-119 dunia, terbukti terlalu kuat untuk rakan sepasukannya, menang dalam masa lebih sejam.

    Lorenzo Musetti dari Itali meneruskan prestasi cemerlangnya pada awal musim perlawanan tenis tersebut dengan menewaskan pemain Argentina, Sebastian Baez dengan keputusan 7-5, 7-5 untuk mara ke pusingan kedua.

    Musetti telah menewaskan pemain nombor sembilan dunia, Felix Auger-Aliassime di kejohanan Monte Carlo pada minggu lalu.

    Brandon Nakashima dari Amerika juga telah mara ke pusing selanjutnya. Dia menewaskan pemain kelayakan Sepanyol, Nicolas Alvarez Varona 7-6 (8/6), 6-3 dan akan menentang pemain pilihan kedua, Casper Ruud dalam pusingan kedua. – AFP

    Gambar fail 28 Mei 2017 menunjukkan aksi Tommy Robredo membalas pukulan bola semasa menentang Daniel Evans di Roland Garros 2017. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...