Robson-Kanu tamatkan kemarau gol

SOUTHAMPTON, United Kingdom, 1 Jan – Pemain penyerang West Bromwich Albion, Hal Robson-Kanu menamatkan kemarau jaringannya dengan menyumbatkan jaringan bagi melengkapkan kemenangan 2-1 ke atas Southampton semalam.

Robson-Kanu menandakan persaingan Liga Perdana pertamanya bagi Albion dengan jaringan pertama sejak kemenangan paling manis pasukan Wales dalam kemenangan mengejut persaingan suku akhir Euro 2016 ke atas Belgium.

Setelah menyertai Albion dengan pertukaran percuma selepas kejayaan bersama Wales, Robson-Kanu gagal untuk meyakinkan bos Baggies, Tony Pulis bahawa dia layak beraksi dalam persaingan liga sehingga kunjungan ke St Mary.

Tetapi dia menebus kehilangan masa yang dilalui selepas beraksi menjadi pemain gantian dengan penyudah jarak jauh pada separuh masa kedua selepas Matt Phillips membatalkan jaringan pembukaan dari Shane Long buat pasukan Southampton.

Aksi Robson-Kanu (kiri) dan  pemain Southampton, Oriol Romeu ketika bersaing mengawal bola pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary, Southampton, England, semalam. – AP
Aksi Robson-Kanu (kiri) dan pemain Southampton, Oriol Romeu ketika bersaing mengawal bola pada perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris di Stadium St Mary, Southampton, England, semalam. – AP

Virgil van Dijk dari Southampton diarah meninggalkan padang pada minit–minit akhir ketika pasukannya mengalami kekalahan kedua berturut–turut di gelanggang sendiri.

Hanya tiga hari selepas menyaksikan pasukannya dibenam 4-1 kepada Tottenham, bos Saints, Claude Puel membuat enam pertukaran, termasuk menguggurkan tiga pemain pertahanan, tetapi pertukaran itu membawa sedikit peningkatan.

Sofiane Boufal akan meninggalkan Southampton untuk beraksi dalam persaingan Piala Negara-Negara Afrika bersama Maghribi dan dilihat dalam semangat.

Dia seorang pemain memberikan ancaman, melepaskan ledakan tinggi dari jarak jauh dan kemudian memberikan umpanan bagi Dusan Tadic bagi voli. – AFP