Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Roby ditahan lagi kerana dadah

    Gitaris kumpulan Geisha iaitu Roby Satria ditahan pihak polis buat kali ketiga atas tuduhan penyalahgunaan dadah jenis ganja.

    Roby ditahan oleh bersama pembantu peribadinya di sebuah studio muzik di Jakarta Selatan, Indonesia pada Isnin.

    Pihak polis menjalankan siasatan dan tindakan selepas menerima laporan orang awam terdapat kegiatan mencurigakan di tempat tersebut.

    Roby mengaku bersalah dan menurut keterangan kepada pihak polis dia mengambil bahan terlarang itu atas alasan terlalu banyak masalah dalam fikirkan.

    “Tertuduh (Roby) selama ini menanggung banyak beban fikiran dan dia berusaha mengalihkan perhatian dengan cara yang salah,” ujar wakil polis Jakarta Selatan, Budhi Herdi Susianto.

    Selesai menjalani siasatan, Roby sempat memberitahu dirinya dalam keadaan baik ketika sidang media berlansgung.

    “Saya baik sahaja,” ucapnya ringkas seperti yang dipetik dari Detik Hot.

    Roby boleh dikenakan tindakan 12 tahun penjara atas kesalahan tersebut.

    Kali pertama dia tahan kerana atas kesalahan sama adalah pada Oktober 2013 dan kemudian sekali lagi pada November 2015. – Agensi

    Gitaris kumpulan Geisha iaitu Roby Satria ditahan pihak polis buat kali ketiga atas tuduhan penyalahgunaan dadah jenis ganja. – Agensi

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...