TOKYO, 20 OKT – Lapangan Terbang Fukuoka Jepun menutup seketika salah satu landasannya hari ini selepas insiden roda sebuah pesawat ringan pancit selepas mendarat, lapor Sputnik, memetik agensi berita Kyodo.
Pesawat ringan yang membawa empat penumpang dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Chofu di Tokyo awal hari itu, menurut media tempatan.
Insiden berlaku kira-kira jam 15:00 waktu tempatan apabila tayar pesawat pancit sejurus selepas mendarat di Lapangan Terbang Fukuoka. – Bernama