Rodgers intai rosakkan rekod Reds

LIVERPOOL, 4 OKT – Brendan Rodgers telah menerajui Liverpool ketika nyaris meraih gelaran Liga Perdana semasa dia menjadi pengurus di Anfield.

Kini, dengan kembalinya ke Anfield selepas empat tahun, bos Leicester itu menyasarkan untuk menjejaskan usaha bekas kelabnya itu bagi perebutan kejuaraan dan ingin membuktikan bahawa kelabnya kini layak dianggap pesaing empat kedudukan teratas.

Bagaimanapun, gabungan kebangkitan ketara Leicester di bawah kendalian Rodgers dan persembahan kurang meyakinkan Liverpool dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Salzburg baru-baru ini bermakna Reds berdepan tugasan sukar. Leicester hanya tewas sekali musim ini dan berada di kedudukan ketiga liga dengan 14 mata, di belakang Manchester City dan Liverpool. – AFP