Rodgers sokong Vardy untuk harungi musim yang hebat

LONDON, 14 SEPT – Brendan Rodgers percaya Jamie Vardy akan sekali lagi menjadi antara penyerang yang paling prolifik di Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini selepas dia berjaya menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti dalam kemenangan 3-0 Leicester ke atas West Brom kelmarin.

The Foxes bangkit dari kekecewaan peng-hujung musim lalu dan memulakan kempen baharu EPL degan mencatat kemenangan selepas Timothy Castagne, yang membuat penampilan sulung, membuka jaringan sebelum Vardy melengkapkan kemenangan buat Leicester.

Leicester hanya memenangi dua daripada 10 perlawanan terakhir dan terlepas dari beraksi di Liga Juara-Juara pada hari terakhir musim lalu, tetapi Vardy masih merangkul kasut emas sebagai penjaring terbanyak liga.

Bekas pemain kebangsaan England itu akan menyambut ulang tahun ke-34 pada Januari, tetapi Rodgers percaya dia sekali lagi akan mengharungi musim yang hebat.

“Terdapat ramai penyerang yang hebat di peringkat ini tetapi mana-mana pasukan pasti menginginkan seseorang sepertinya dalam pasukan mereka,” kata Rodgers. – AFP