LOS ANGELES, 15 Jan – Bekas bintang NBA, Dennis Rodman telah ditahan di Newport Beach, sebuah bandar yang terletak 30 kilometer di timur Los Angeles dan didakwa memandu di bawah pengaruh (DUI), kata polis tempatan kelmarin.
Rachel Johnson, Komander Kawasan Tiga di Bahagian Patrol di Jabatan Polis Newport, dipetik oleh media tempatan sebagai berkata bekas bintang NBA yang berusia 56 tahun itu, ditahan kerana melakukan pelanggaran lalu lintas, kemudian gagal ujian pernafasan di tempat kejadian.
Rodman ditahan dan menghabiskan malamnya penjara sebelum dia dibebaskan awal kelmarin.
Rodman, yang mempunyai sejarah penderaan di bawah pengaruh alkohol, diminta menghadiri program alkohol pada Julai 2000 selepas mengaku bersalah terhadap DUI dan juga masuk ke pusat pemulihan pada Januari 2014.
Februari lalu, Rodman dijatuhi hukuman tiga tahun percubaan atas tuduhan yang berpunca dari kesalahan lalu lintas di jalan raya Santa Ana, Selatan California.
Dalam kes ini, Rodman memandu sebuah SUV ke jalan keluar untuk lorong kereta bawah tanah bagi lebuh raya Interstate 5, menyebabkan seorang pemandu terpaksa beralih untuk mengelakkan perlanggaran.
Rodman adalah bekas pemain bola keranjang profesional Amerika, yang pernah bermain untuk Detroit Pistons, San Antonio Spurs, Chicago Bulls, Los Angeles Lakers, dan Dallas Mavericks dari NBA. Pemenang kejuaraan NBA lima kali digelar ‘The Worm’ dan dikenali kerana kebolehannya untuk bertahan dan membuat serangan. – Xinhua