Sunday, October 6, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rodrygo berhasrat kalahkan Man City

    MADRID, 8 MEI – Dua gol Rodrygo Goes memberikan kemenangan Copa del Rey kepada Real Madrid dan menyerlahkan cita-citanya untuk acara besar itu, tetapi lawan separuh akhir Liga Juara-Juara, Manchester City tidak perlu diingatkan tentang itu.

    Jaringan dramatik pemain Brazil itu pada minit ke-90 dan ke-91 menentang City musim lalu merampas tiket City ke final daripada genggaman mereka.

    Madrid merangkul kemenangan dalam masa tambahan di Santiago Bernabeu untuk mara dan seterusnya memenangi pertandingan itu untuk kali ke-14 yang melebarkan rekod.

    Sebaliknya, skuad kendalian Pep Guardiola masih belum memenangi trofi tersebut.

    Dengan Erling Haaland yang mengetuai barisan serangan, ramai yang menganggap City kegemaran untuk membalas dendam terhadap Madrid, tetapi raja Eropah tidak boleh dipandang enteng, terutamanya dengan kehadiran Rodrygo.

    Penyerang berusia 22 tahun itu telah memenangi setiap trofi yang mungkin dalam tempoh singkatnya di Real Madrid, melengkapkan set dengan Copa del Rey selepas kemenangan 2-1 menentang Osasuna baru-baru ini.

    Rodrygo menjaringkan gol dalam masa dua minit dan menjaringkan gol kemenangan selepas Lucas Torro membalas satu gol untuk pasukan kecil dari Pamplona. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda