Roger Federer sasar gelaran ketujuh
LONDON, 13 Nov – Jaguh tenis Switzerland, Roger Federer memulakan misi menutup tahun gemilangnya bagi menjulang gelaran ketujuh Jelajah Akhir ATP dengan langkah kanan apabila menewaskan Jack Sock 6-4, 7-6 (7/4) semalam. Empat bulan selepas menjuarai Wimbledon untuk kali kelapan, Federer kembali ke London untuk melengkapkan musim cemerlangnya dengan gelaran di O2 Arena. Sewaktu Federer






















