Roger Hunt meninggal dunia

LONDON, 28 SEPT – Juara Piala Dunia England dan rekod penjaring Liverpool, Roger Hunt meninggal dunia pada usia 83 tahun, menurut kenyataan kelab Liga Perdana Inggeris hari ini.

“Kami berdukacita atas pemergian bekas pemain lagenda Roger Hunt,” menurut kelab tersebut dalam kenyataan melalui akaun Twitter.

“Kelab bola sepak Liverpool turut bersimpati dengan keluarga dan sahabat Roger diwaktu yang sedih dan susah ini. Roger Hunt 1938-2021.”

Hunt menyertai Liverpool semasa berusia 20 tahun pada 1958 dan bermain perlawanan terakhirnya untuk kelab pada 1969.

Gol keseluruhannya yang mencecah 285 gol untuk kelabnya merupakan rekod terbaik sehingga Ian Rush memecahkan rekod baharu pada 1992. Tidak ada pemain yang pernah menjaringkan gol dalam liga seperti Hunt iaitu sebanyak 244 gol.

Hunt memenangi dua gelaran EPL dan Piala FA semasa berada di bawah pengurusan Bill Shankly.

Dia bermain semasa Piala Dunia 1966 yang mana pasukan England menewaskan pasukan Jerman di Wembley. Dia menjaringkan sebanyak tiga kali dalam enam perlawanan sewaktu kejohanan tersebut dan meraih 18 gol untuk England. – AFP

Reaksi bekas pemain England, Roger Hunt sewaktu menjaringkan gol England yang ketiga menewaskan penjaga gol Jerman, Hans Tilkowski. – AP