VAUJANY, PERANCIS, 12 JUN – Primoz Roglic merampas kedudukan mendahului secara keseluruhan dalam perlumbaan basikal Criterium du Dauphine dan menduduki tempat kedua selepas menamatkan perlumbaan, 13 saat di belakang juara Carlos Verona dalam perlumbaan sengit, kelmarin.
Dengan jarak sekitar 60 kilometer menaiki laluan berbukit, Roglic melakukan kayuhan terakhir mendaki tiga kawasan berbukit yang menyaksikan tidak ada pesaing lain mampu mengejarnya.
Sementara itu, Vuelta a Espana kini mendahului ahli pasukannya, Jonas Vingegaard dengan 44 saat dalam carta keseluruhan.
Selepas perlumbaan yang berlangsung dalam cuaca panas terik, Ben O’Connor melonjak ke tangga ketiga secara keseluruhan dengan catatan masa seminit dan 24 saat.
Selain itu, pelumba kelahiran Britain, Tao Geoghegan Hart tiba ke barisan penamat beberapa saat kemudian dan mencatat masa seminit dan 30 saat.
Hart, yang berjaya juarai Giro d’Italia pada tahun 2020, berkata bahawa pada minggu ini dia berasa ragu-ragu akan menyertai Jelajah Perancis tetapi memandangkan prestasi yang dipamerkannya pada perlumbaan hari ini mampu menyertai barisan pelumba di Ineos.
Sementara itu, penunggang berusia 29 tahun iaitu Verona mencatat kemenangan profesional pertamanya semasa perlumbaan pada rintangan berbukit dengan ketinggian 2,642m. – AFP