Roglic setia pada Jumbo-Visma

MADRID, 11 SEPT – Pendahulu Vuelta a Espana ketika ini, Primoz Roglic (gambar bawah), sibuk pada hari kedua rehat apabila Jumbo-Visma mengumumkan bahawa pelumba Slovenia itu telah melanjutkan kontraknya hingga 2023.

“Saya suka cara pasukan ini,” kata pelumba berusia 29 tahun itu.

“Saya masuk ke pasukan ini sebagai orang baru belajar dan saya telah berkembang dengan bantuan pasukan,” tambahnya.

Pasukan dari Belanda itu telah membuat pengumuman di media sosial, memaparkan video mengenai kemampuan serba boleh bekas pemain ski itu.

“Primoz telah berkembang dengan hebat dalam beberapa tahun kebelakangan sebagai seorang individu dan atlet,” kata pengarah sukan Jumbo-Visma, Merijin Zeeman.

Bulan lepas, pasukan itu telah merekrut pelumba dari Belanda, Tom Dumoulin, yang memenangi Giro d’Italia 2017 tetapi terlepas saingan Tour de France dan Vuelta musim ini disebabkan kecederaan. – AFP