Roglic ungguli Giro dell’Emilia

MILAN, 6 OKT – Primoz Roglic memenangi Giro dell’Emilia, sekali gus meletakkan dirinya sebagai pelumba pilihan bagi Tour of Lombardy minggu depan.

Pelumba nombor satu dunia, Roglic, meneruskan momentum kejayaannya di Vuelta a Espana, dengan pecutan solo pada perlumbaan sejauh 207 kilometer di sekitar Bologna, Itali itu.

Roglic meninggalkan kumpulan kecil yang terdiri daripada lima penunggang pada pendakian akhir hingga ke Sanctuary of the Madonna di San Luca.

Pelumba dari Slovenia itu juga memenangi prolog Giro d’Italia tahun ini di San Luca, memakai jersi merah jambu.

Pelumba dari Jumbo-Visma itu mengatasi Michael Woods dari pasukan Education First ketika perlumbaan berbaki 800 meter sebelum melintasi garisan penamat seorang diri, 15 saat di depan Woods.

“Semua orang boleh bergembira dengan keputusan hari ini. Kemenangan ini tidak mungkin berjaya dicapai tanpa bantuan rakan sepasukan saya,” kata juara itu.

Sementara itu pemenang Tour de France, Egan Bernal menamatkan perlumbaan pada kedudukan kesembilan, 28s di belakang. – AFP