Rogol anak: Hukuman tertuduh dikekalkan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Dis – Seorang bapa yang merogol dua anak kandungnya terpaksa akur dengan hukuman 16 tahun penjara dan 12 sebatan, apabila rayuannya untuk mendapatkan pengurangan hukuman ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

Selepas meneliti faktor, Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Michael Lunn mendapati hukuman yang dijatuhi terhadap pesalah adalah wajar dan tidak berlebihan.

Pesalah pada Oktober lalu mengaku bersalah merogol anaknya berusia 11 dan 14 tahun.