Thursday, August 18, 2022
23.2 C
Brunei

Rogol anak sepupu, lelaki dipenjara 30 tahun, 24 sebatan

-

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 DIS – Seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun telah dijatuhi hukuman penjara selama 30 tahun serta 24 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi kelmarin kerana merogol anak sepupunya sejak mangsa berkenaan berusia sembilan tahun.

Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah Ahmad Ghazali mendedahkan kejadian yang membawa kepada terungkapnya kesalahan tersebut yang dilakukan terhadap mangsa yang kini usia 15 tahun.

Defendan, yang butirannya dirahsiakan untuk melindungi mangsa, hanya boleh dikenal pasti sebagai seorang anggota polis yang telah berkhidmat selama 22 tahun.
Bapa mangsa merupakan sepupu kepada defendan.

Pada malam 28 Julai, defendan pergi ke rumah mangsa dan mengajak mangsa untuk menemaninya membeli minyak kereta.

Mangsa keberatan, bagaimanapun, ibunya berkeras agar mangsa pergi.

Kira-kira tengah malam, defendan mengambil kesempatan dengan meletakkan kenderaannya di kawasan terpencil di Kampung Katok.

Defenden kemudian bertindak menanggalkan pakaian mangsa sebelum merogolnya.

Defendan kemudian menghantar mangsa pulang ke rumah.

Pada keesokan harinya, mangsa memberitahu ibunya tentang kejadian rogol yang berlaku pada malam sebelumnya dan menyebabkan mangsa mendedahkan bahawa defendan telah merogolnya sejak dia berumur sembilan tahun.

Mangsa juga memberitahu ibunya tentang kejadian di mana pada satu malam, defendan membawa mangsa keluar, seperti kebiasaannya meminta kebenaran daripada ibu bapa mangsa, membawanya ke kawasan terpencil di Kampung Tungku.

Dia kemudian menunjukkan video lucah pada telefonnya kepada mangsa lalu menyentuh tubuh mangsa dan kemudian merogolnya.

Defendan kemudian memberi amaran kepadanya supaya tidak memberitahu sesiapa mengenainya.

Pesuruhjaya Kehakiman Haji Abdullah Soefri bin POKSMDSP Haji Abidin berkata, semuanya bermula pada malam 2015 di mana defendan membawa mangsa keluar dan itulah kali pertama dia membawa mangsa ke kawasan terpencil di Kampung Tungku.

Di sana, defendan meraba dan merogol mangsa.

Ibu mangsa memfailkan laporan polis pada 2 Ogos lalu yang membawa kepada penahanan defendan.

 

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Pelarian Rohingya tuntut persekitaran kondusif

DHAKA, 17 OGOS – Pelarian Rohingya kelmarin menggesa Ketua Hak Asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Michelle Bachelet yang melawat ke penempatan pelarian untuk PBB...
- Advertisment -