Rohingya beri keterangan terhadap tentera Myanmar

YANGON, 17 OGOS – Pelarian Rohingya yang diusir dari Myanmar dalam tindakan keras berdarah membuat keterangan di mahkamah buat pertama kali hari ini untuk menggesa siasatan kehakiman penuh terhadap dakwaan jenayah perang yang dilakukan terhadap mereka.

Satu kempen tentera di Myanmar pada 2017 dipercayai telah membunuh beribu-ribu orang dan memaksa kira-kira 750,000 orang daripada minoriti Muslim untuk melarikan diri ke kem-kem pelarian di Bangladesh, membawa cerita-cerita mengenai rogol, pembunuhan dan pembakaran.

Saksi-saksi berkenaan akan membuat keterangan dari Argentina, yang mempertimbangkan menggunakan prinsip ‘kehakiman universal’ untuk membawa kes terhadap pemimpin-pemimpin Myanmar bagi genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan. – AFP