Rohingya cuba masuki perairan Malaysia

KUALA LUMPUR, 11 JUN – Sebuah bot membawa beratus-ratus Rohingya cuba mendarat di Malaysia minggu ini namun berpatah balik selepas mengesan sebuah kapal peronda yang cuba menghalang kemasukan penghijrah haram atas kebimbangan koronavirus, kata pegawai hari ini.

Bot itu dipercayai sudah berada di laut selama tiga hingga empat bulan dan cuba beberapa kali memasuki perairan negara itu pada Isnin sebelum berputus asa, ketua pengawal pantai Zubil Mat Som memberitahu AFP.

Negara itu sudah lama menjadi destinasi kegemaran bagi etnik minoriti Muslim kebanyakannya dari wilayah didominasi Buddha di Myanmar, dengan beribu-ribu mengambil risiko berlayar di lautan yang berbahaya setiap tahun. – AFP