Roket Rusia lancar 36 satelit baharu UK

MOSCOW, 14 OKT – Roket Soyuz Rusia berlepas ke angkasa dengan membawa 36 satelit baharu dari pengendali Britain, OneWeb, yang bertujuan untuk menyediakan Internet jalur lebar di semua tempat di dunia.

Roket tersebut, yang dikendalikan oleh Arianespace, berlepas dari kosmodrom Vostochny di Timur Rusia, disiarkan secara langsung oleh agensi angkasa Roscosmos negara itu.

OneWeb, sebuah syarikat yang bertempat di London, berusaha untuk menyelesaikan pembinaan kumpulan satelit orbit bumi rendah yang menyediakan jalur lebar daripada perkhidmatan lain yang lebih baik kepada negara-negara di seluruh dunia. – AFP