Rokok, buka pelitup muka akan didenda

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Mereka yang didapati merokok di tempat awam dan tidak memakai pelitup muka akan dikenakan kompaun bagi setiap kesalahan.

Pemakaian pelitup muka adalah wajib dan jika didapati tidak memakainya akan dikenakan kompaun bagi kesalahan tidak memakai pelitup muka dan kompaun bagi kesalahan merokok di tempat awam yang dilarang.

Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar menegaskan perkara berkenaan ketika mengulas persoalan yang dibangkitkan mengenai orang yang membuka pelitup muka untuk merokok di tempat awam semasa sidang media di Dewan Al-’Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

Beliau seterusnya berharap, kepada mereka yang merokok supaya mengambil peluang ini untuk berhenti merokok.