Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Rokok: Lelaki Bangladesh diarah bayar denda $13,760

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 JAN – Mahkamah Majestret mengarahkan seorang lelaki warga Bangladesh membayar denda berjumlah $13,760 kerana memiliki rokok seludup di kuarters kerjanya.

    Sekiranya, Mohd Nazim, 37, gagal membayar denda tersebut, dia akan menjalani hukuman penjara 13 bulan.

    Defendan ditahan oleh pegawai kastam selepas dia didapati menyimpan 16 karton dan 14 peket rokok, selain wang tunai $684 hasil daripada jualan barang tegahan tersebut.

    Pendakwa kastam memaklumkan kepada mahkamah, bahawa pemeriksaan telah dijalankan di kuarters tertuduh di Kampung Mengkubau pada pukul 9:30 malam pada 27 Disember 2021.

    Majistret Kanan Pengiran Hazirah Pengiran Haji Mohd Yusof juga mengarahkan rokok-rokok itu dimusnahkan dan wang tunai dirampas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...