Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Rokok seludup bernilai lebih RM8j dirampas di Tawau

    TAWAU, 11 JAN – Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di tepi jalan Kampung Iban, Merotai dekat sini malam tadi. 

    Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau Supt Mohd Yacob Murad berkata pihaknya melakukan intipan menerusi Op Kontraban pada 10 malam dan mengesan lori dipandu lelaki berusia 37 tahun itu dalam keadaan mencurigakan dengan bahagian belakang lori ditutup kanvas.

    “Pemeriksaan ke atas lori menemukan 604 kotak besar berisi pelbagai jenama rokok seludup yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran di negeri ini,” katanya dalam kenyataan.

    Mohd Yacob berkata pihaknya menahan pemandu lori dan merampas kenderaan itu serta satu telefon bimbit. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...