Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Rokok seludup lebih RM1 juta dirampas di Tawau

    TAWAU, 30 MEI – Pasukan Markas Angkatan Tugas Bersama 2 (ATB 2) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 8,650 karton rokok tidak bercukai bernilai RM1.038 juta dari Indonesia menerusi rondaan Op Benteng Bersama di Batu 3 di sini, awal pagi tadi. 

    Komander ATB 2 Brig Jen Abdul Karim Ahmad berkata kejayaan itu selepas radar Stesen Pengawasan Pesisir Pantai (CSS) terlebih dulu mengesan pergerakan empat bot laju yang mencurigakan dari arah Pulau Sebatik menuju ke Batu 3 pada pukul 3:05 pagi. 

    Berikutan itu, katanya Pasukan Tindak Balas Pantas (QRF) yang sedang melaksanakan rondaan operasi diarah melakukan tinjauan ke lokasi berkenaan, sebelum mengesan sebuah lori muatan satu tan dalam keadaan mencurigakan pada 4 pagi.

    “Pemeriksaan awal terhadap lori itu yang ditinggalkan selepas menyedari kehadiran pasukan keselamatan, menemukan 8,560 rokok seludup,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

    Abdul Karim berkata pihaknya percaya kegiatan itu melibatkan sindiket warga tempatan dan asing bagi tujuan perniagaan rokok seludup di pasaran gelap sekitar Tawau. 

    “Semua barang rampasan termasuk lori yang dianggarkan bernilai RM40,000 diserahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau untuk tindakan lanjut,” katanya lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...