Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    Rokok, ubat dirampas semasa serbuan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Beberapa barangan tegahan seperti rokok, rokok elektrik (vape) dan peralatannya serta ubat-ubatan yang tidak didaftar telah ditemui dan dirampas semasa Operasi Bersepadu yang dijalankan semalam.

    Operasi melibatkan pegawai dan keanggotaan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) cawangan Daerah Brunei dan Muara, Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) dan dari Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) diketuai oleh Penolong Penguasa Polis (ASP) Muhammad Alif bin Haji Musa.

    Operasi Sepadu tersebut telah menyasarkan sebuah rumah kediaman terletak di kawasan Kampung Perpindahan Lambak Kanan kerana dipercayai mengadakan aktiviti yang melanggar undang-undang di negara ini.

    Semasa serbuan dijalankan, pihak penguat kuasa tidak menemukan sebarang penghuni di rumah berkenaan.

    PPDB bersama agensi penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan akan sentiasa proaktif dalam menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan-kawasan panas (hotspot) bertujuan bagi mengekang dan membanteras perilaku ataupun aktiviti yang berbaur jenayah.

    Di kesempatan itu, PPDB memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti yang menyalahi undang-undang ke talian kecemasan polis 993 atau balai-balai polis berdekatan.

    Antara barangan tegahan yang berjaya ditemukan dan dirampas oleh pihak berkuasa semasa operasi tersebut.- Gambar serahan PPDB
    Rokok seludup yang dirampas semasa operasi sepadu berkenaan. – Gambar serahan PPDB

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -