Saturday, June 10, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    Rokok: Wanita didenda $18,000

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MEI – Mahkamah Majistret hari ini memerintahkan seorang wanita penduduk tetap berusia 52 tahun membayar denda $18,000 selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan memiliki rokok seludup.

    Jika gagal membayar denda tersebut, Suparti binti Sunarto akan terpaksa menjalani hukuman penjara 13 bulan.

    Pendakwa raya kastam memaklumkan mahkamah bahawa defendan telah ditahan oleh pegawai pencegahan kastam di sebuah gerai makan di Kampung Selangan, Temburong pada pukul 6:50 pagi, 26 Februari lalu.

    Para pegawai berkenaan kemudiannya menahan defendan ketika melakukan pemeriksaan di gerai tersebut dan menemui 16 karton dan 83 paket rokok seludup, yang dinyatakannya adalah miliknya.

    Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid seterusnya mengarahkan agar kesemua rokok rampasan tersebut dimusnahkan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Jepun semak semula undang-undang

    TOKYO, 9 JUN - Jepun meluluskan undang-undang imigresen yang membenarkan kerajaan menghantar pulang pencari suaka yang gagal, walaupun mendapat tentangan daripada parti pembangkang dan...
    - Advertisment -