Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Rokok: Warga emas kena denda lebih $130,000

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Mahkamah Majistret, kelmarin memerintahkan seorang warga tempatan membayar denda $130,600 kerana memiliki 20,704 batang rokok.

Omar @ Yaakub bin Radang, 61, perlu menjalani hukuman penjara 21 bulan jika gagal membayar selepas dia mengaku bersalah memiliki sejumlah rokok pelbagai jenama dengan duti import bernilai $13,052.

Dalam pada itu, Pendakwa Raya Kastam memaklumkan Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni bahawa defendan didapati memiliki rokok-rokok tersebut di sebuah rumah di RPN Rimba pada pukul 1:30 petang, 18 Januari 2022 semasa pemeriksaan dijalankan oleh pegawai pencegahan kastam.

Pegawai berkenaan turut menemui wang tunai $27.50 dan $662 hasil jualan rokok tersebut.

Sehubungan itu, mahkamah mengarahkan wang tunai itu dirampas dan rokok terbabit dimusnahkan.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -