Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Rolling Stones mulakan jelajah ulang tahun ke-60 di Madrid

    Kumpulan penyanyi rock Britain, The Rolling Stones akan memulakan jelajah Eropah di Madrid sempena ulang tahun ke-60 kumpulan tersebut sejak mereka ditubuhkan.

    Jelajah berkenaan akan disertakan dengan 14 buah konsert di seluruh Eropah dan tempat pertama yang akan menjadi pentas persembahan mereka adalah di Stadium Wanda, tempat tuan rumah pasukan bola sepak Atletico Madrid.

    Acara tersebut juga adalah lanjutan dari jelajah ‘No Filter’, yang bermula pada tadhun 2017 tetapi disebabkan oleh Amerika Utara yang pada masa itu mengalami kesukaran kerana menularnya wabak COVID.

    Selepas beberapa lama persembahan jelajah tersebut ditangguhkan, akhirnya mereka kembali menyambung semula jelajah berkenaan pada akhir tahun lalu, dengan keuntungan yang mereka perolehi selepas sejuta tiket ke persembahan mereka laris dijual, walaupun persembahan mereka itu terpaksa dilanjutkan tanpa pemain dram, Charlie Watts yang telah meninggal dunia pada Ogos lalu pada usia 80 tahun.

    Kumpulan rock tersebut telah menaikkan nama Swinging Sixties dan zaman hippie dengan beberapa buah lagu yang terkenal, seperti Jumpin Jack Flash dan I Can’t Get No Satisfaction.

    Penyanyi utama, Mick Jagger, 78, dan ahli kumpulan tersebut, Keith Richards, 78 dan Ronnie Wood yang baharu saja mencecah umur 75 tahun, telah tiba di ibu kota Sepanyol pada minggu lalu.

    Selain itu, kumpulan Stones akan jelajah 13 bandar di Eropah dan dua persembahan di London nanti. – AFP

    The Rolling Stones memulakan jelajah Eropah mereka yang bermula di Madrid bersempena dengan ulang tahun penubuhan kumpulan tersebut yang ke-60. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...