Rolls-Royce catat kerugian AS$7.1 bilion

LONDON, 27 OGOS – Syarikat gergasi aeroangkasa Britain, Rolls-Royce hari ini melaporkan kerugian bersih pada separuh pertama tahun ini ketika wabak koronavirus menghambat operasi penerbangan seluruh dunia dan mencetuskan krisis dalam pengangkutan udara.

Rolls yang beroperasi dalam sektor udara, pertahanan dan tenaga mencatatkan kerugian bersih sekitar £5.4 bilion (AS$7.1 bilion, 6.0 bilion euro) dalam tempoh enam bulan hingga Jun.

Ia juga mendedahkan program penghapusan aset berjumlah £2.0 bilion sebagai sebahagian daripada pembaikan pulih berterusan.

Prestasi teruk setengah tahun dibandingkannya dengan kerugian awal tahun berjumlah £909 juta, tambahnya dalam kenyataan keputusan itu.

Syarikat itu yang produknya memberi kuasa pesawat Airbus dan Boeing juga mempertingkatkan simpanan tunai untuk membantu mengharungi kejatuhan teruk daripada kes darurat kesihatan global kini.

“Pandemik COVID-19 telah menjejaskan prestasi 2020 kami, dengan impak tidak dijangkakan ke atas sektor penerbangan awam dengan banyak pesawat yang tidak beroperasi di seluruh dunia,” kata Ketua Eksekutif Warren East dalam laporan perbelanjaan. – AFP

Gambar fail 12 Februari 2020 menunjukkan pengunjung melihat enjin Rolls-Royce Trent XWB dipamerkan semasa Pameran Udara Singapura di Singapura. – AFP