Rolls-Royce perkenal model kereta baharu ‘Ghost’

LONDON, 2 SEPT – Rolls-Royce memperkenalkan model ‘Ghost’ yang dinanti-nantikan semalam, walaupun tatkala ketua pengeluar kereta mewah itu mengingatkan bahawa koronavirus akan menjejaskan pasaran kereta untuk beberapa tahun.

Model baharu itu, lengkap dengan enjin turbo V12 6.75 liter, reka bentuk minimalis, dan sekali payung berjenama, akan dijual dengan harga kira-kira AS$298,000. Namun tarikan status simbol baharu kereta itu untuk golongan kaya tidak mencukupi untuk melembutkan kesan pandemik dalam jangka pendek, kumpulan mengingatkan.

“Kami menjangka COVID-19 tetap sukar untuk seketika, sehingga vaksin diperoleh,” kata Pengarah Urusan Rolls-Royce, Torsten Mueller-Oetvoes dalam temu bual telefon dengan AFP.

“Dalam jangka sederhana, dalam tiga tahun, kami akan kembali kepada keadaan normal, malah lebih baik daripada normal.”

Dalam separuh tahun pertama tahun ini, jualan Rolls-Royce merosot 30 peratus berbanding tempoh yang sama pada 2019, kata Mueller-Oetvoes, tetapi berkata tahun lalu merupakan tahun ‘rekod.’

Bagaimanapun, beliau berkata Rolls-Royce belum melaksanakan sebarang pembuangan pekerja semasa pandemik dan tetap ‘optimistik’ untuk tahun depan. – AFP