Thursday, April 24, 2025
29.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rolls-Royce susun semula penjualan

    LONDON, 18 Jan – Rolls-Royce, pembuat enjin Britain, semalam mengumumkan penyusunan semula seterusnya yang mungkin membawa kepada penjualan perniagaan marin komersial.

    “Berdasarkan tindakan kami dalam tempoh dua tahun lalu, memudahkan perniagaan kami selanjutnya bermakna Rolls-Royce akan menumpukan pada tiga perniagaan operasi,”kata ketua eksekutif Warren East dalam satu kenyataan.

    Syarikat yang menghasilkan sistem kuasa untuk kegunaan di darat, di laut dan di udara berkata ia akan mengkaji pilihan strategik untuk operasi marin komersial, sementara mengurangkan perniagaan Rolls daripada lima kepada tiga unit teras berdasarkan kepada ruang aeroangkasa awam, pertahanan dan sistem kuasa.

    Tambahnya: “Ini adalah masa yang sesuai untuk menilai pilihan strategik untuk operasi marin komersial kami.

    “Kumpulan di sana telah bertindak balas terhadap kemerosotan dalam pasaran minyak dan gas luar pesisir untuk mengurangkan kosnya,” kata East, menambah sudah tiba masanya untuk “menimbang sama ada masa depannya mungkin lebih baik di bawah pemilikan baru.”

    Rolls telah menunjukkan tanda-tanda pemulihan sejak mencatat kerugian pada 2016, apabila ia terjejas teruk oleh kemerosotan dalam mata wang pound. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda