Roma bangkit ikat Milan

MILAN, 27 OKT – Zlatan Ibrahimovic menjaringkan dua gol tetapi AC Milan terpaksa akur dengan keputusan seri buat pertama kali dalam saingan Serie A musim ini ketika Roma kembali bangkit setelah ketinggalan untuk mengikat kedudukan seri 3-3 di Stadium San Siro, semalam.

Perlawanan yang berlangsung dalam suasana stadium kosong selepas perintah berkurung kerana COVID-19, AC Milan turun tanpa penjaga gol utama mereka,

Gianluigi Donnarumma dan penyerang muda Jens Petter Hauge, yang positif COVID-19.

Penjaga gol veteran dari Romania, Ciprian Tatarusanu, yang menyertai Milan September lalu, membuat penampilan sulung menggantikan Donnarumma, dan beberapa kali melakukan kesilapan dalam keputusan seri 3-3 menentang AS Roma semalam.

Bintang legenda Sweden, Zlatan Ibrahimovic membuka jaringan buat Milan hanya selepas dua minit perlawanan, hasil hantaran cantik Rafael Leao.

Edin Dzeko yang tidak dikawal ketika sepakan sudut Roma, menyamakan kedudukan di minit ke-13. Milan turut bermula dengan baik di separuh masa kedua dengan pemain sayap Portugal, Leao sekali lagi melakukan assist dan kali ini disempurnakan oleh Alexis Saelemaekers. – AFP

Aksi penyerang AC Milan, Zlatan Ibrahimovic ketika bersaing dengan pemain pertahanan AS Roma, Bruno Peres semasa perlawanan Serie A antara AC Milan dan AS Roma di Stadium Meazza, semalam. – AFP