Saturday, April 19, 2025
31.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roma bangkit tewaskan Sassuolo

    MILAN, 20 Mac – Gol di saat-saat akhir Edin Dzeko telah membantu Roma bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Sassuolo 3-1, sekali gus mengekalkan pemburuan mereka untuk merebut tempat ke Liga Juara-Juara musim depan.

    Roma tergelincir ke tangga ketiga Serie A dengan 11 mata di belakang pendahulu Juventus selepas gergasi Turin itu semakin hampir merekodkan gelaran Scudetto keenam berturut-turut dengan kemenangan 1-0 di Sampdoria. Bagaimanapun, skuad Luciano Spalletti, yang masih terluka akibat tersingkir daripada Liga Europa kepada Lyon, Khamis lalu, mengatasi permulaan perlahan di Stadio Olimpico. Ia terbukti apabila dua pemain utama Roma, Leandro Paredes dan Mohamed Salah masing-masing menyumbat gol ketika perlawanan menghampiri rehat separuh masa dan Dzeko diturunkan dari bangku simpanan untuk memastikan kemenangan dengan jaringan peribadinya ke-21 pada kempen ini di minit ke-68.

    Sassuolo menyinar di awal aksi dan selepas menguji Wojciech Szczesny, penyerangnya Gregoire Defrel yang tidak diawasi menewaskan penjaga gol pinjaman Arsenal itu seawal minit kesembilan.

    Ia telah menyedarkan Roma daripada permulaan perlahan mereka, dan satu hantaran bijak Salah kepada Paredes telah menyaksikan pemain tengah itu merembat masuk jaringan menarik dari luar petak untuk menewaskan penjaga gol di minit ke-16.

    Edin Dzeko (kiri) ketika menjaringkan gol ketiga Roma menentang Sassuolo. – AP
    Edin Dzeko (kiri) ketika menjaringkan gol ketiga Roma menentang Sassuolo. – AP

    Satu percubaan daripada Emerson Palmieri di tepi petak telah menewaskan Andrea Consigli namun melantun terkena palang, sementara di bahagian bertentangan, Szczesny berjaya menampan percubaan Matteo Politani denga kedua kakinya selepas satu hantaran daripada Defrel.

    Ketangkasan Szczesny telah menyaksikan penjaga gol itu menafikan percubaan daripada Defrel dan kemudiannya Politano, sebelum salah memberikan Roma satu pendahuluan penting dengan menjadikan kedudukan 2-1 di separuh masa pertama.

    Ketika Dzeko turun bagi menggantikan Bruno Peres ketika perlawanan memasuki sejam, penyerang tinggi lampai itu segera menghasilkan impak,menewaskan Consigli dari dalam petak untuk memastikan perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda