MILAN, 16 Jan – Radja Nainggolan menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa pertama ketika Roma menyingkirkan Udinese 1-0 untuk merapatkan jurang ke atas pendahulu Juventus kepada satu mata dalam Serie A semalam.
Juventus, yang berusaha bagi gelaran liga keenam berturut–turut, boleh mengekalkan pendahulu empat mata jika mereka menewaskan Fiorentina dalam perlawanan lewat semalam.
Tetapi Old Lady of Turin diberikan peringatan terhadap halangan menuju ke gelaran Serie A bersama Roma, Napoli, Lazio dan Inter semuanya mencatatkan kemenangan.
Roma membuat perjalanan ke stadium Friuli yang dilihat untuk menghasilkan tiga kemenangan setelah mengalami kekalahan mereka 1-0 di Juventus pada Disember lalu.
Pasukan pelawat berada di depan pada minit ke-12 apabila Nainggolan menyudahkan sepakan Kevin Strootman dari bahagian midfield untuk menewaskan Orestis Karnezis dengan voli kaki kanan dari jarak lapan ela.

Pasukan kendalian Luciano Spalletti hampir menggandakan pendahuluan apabila diberikan sepakan penalti beberapa minit kemudian kerana handball dalam kawasan penalti, tetapi sepakan Edin Dzeko melambung tinggi.
“Ia adalah kemenangan yang membolehkan kami mengekalkan laluan dengan pasukan di bawah kami yang juga memenangi perlawanan mereka,” Spalletti memberitahu Radio Rai.
Merujuk kepada sepakan Dzeko yang terlepas, dia menambah: “Satu-satunya kekesalan saya adalah kami tidak menamatkan perlawanan lebih awal.” – AFP