Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Roma rapatkan jurang Juventus

    MILAN, 23 Jan – Gol tunggal Edin Dzeko dalam separuh masa kedua terus mengekalkan pemburuan kejuaraan Serie A Roma dengan kemenangan 1-0 di laman sendiri ke atas Cagliari, sekali gus mengurangkan jurang mata dengan pendahulu liga Juventus kepada satu mata.

    Satu nafas baru dalam pemburuan kejuaraan pada minggu lepas, terutama bagi Roma dan Napoli, apabila Juventus mengalami kekalahan mengejut 2-1 di Fiorentina.

    Roma mengalu-alikan Cagliari dengan peluang untuk menyamai rekod kelab bagi 13 kemenangan berturut-turut di laman sendiri, kali terakhir dicapai pada tahun 1930.

    Separuh masa pertama yang disia-siakan di Stadio Olimpico telah menyaksikan Diego Perotti, Dzeko (dua kali) dan Bruno Peres kesemuanya melepaskan peluang keemasan.

    Edin Dzeko (depan) cuba dikawal oleh pemain Cagliari ketika aksi Serie A antara Roma dan Cagliari di Stadium Olimpik. - AP
    Edin Dzeko (depan) cuba dikawal oleh pemain Cagliari ketika aksi Serie A antara Roma dan Cagliari di Stadium Olimpik. – AP

    Tetapi penyokong tuan rumah yang kecewa kembali bersorak di minit ke-55, apabila Dzeko berlari melepas Nicola Murru bagi menemui hantaran Antonio Rudiger dengan melakukan voli menembusi gawang lawan.

    Jaringan itu telah membawa gol keseluruhan Dzeko kepada 14, hanya satu gol di belakang Icardi dan menyamai gol Higuain dan penyerang Torino, Andrea Belotti. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda