PARIS, 8 APRIL – Pasukan Norway, Bodo/Glimt meraih kemenangan 2-1 ke atas Roma pada pusingan pertama suku akhir Liga Persidangan Europa kelmarin, manakala Leicester terikat tanpa jaringan oleh PSV Eindhoven.
Bodo/Glimt memberikan kekalahan mengejutkan 6-1 ke atas pasukan kendalian Jose Mourinho, Roma pada peringkat kumpulan, bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan pasukan Itali itu sekali lagi.
Lorenzo Pellegrini meletakkan Roma dihadapan sebelum separuh masa ketika pasukan pelawat melihat untuk melanjutkan sembilan perlawanan tanpa kalah dalam semua perlawanan.
Tetapi Ulrik Saltnes menyamakan kedudukan untuk pasukan tuan rumah sebelum masa tamat.
Sementara itu, percubaan Pellegrini dibatalkan kerana ofsaid ketika masa berbaki 15 minit dan Roma mengalami satu lagi masalah pada minit ke-89. Hugo Vetlesen menyambut sepakan percuma Amahl Pellegrino dan menanduk masuk bola menewaskan penjaga gol pihak lawan, Rui Patricio, untuk mencatat kemenangan.
Pemain gantian Roma, Eldor Shomurodoy mempunyai peluang pada lewat untuk menyamakan kedudukan, tetapi tandukannya melepasi gawang.
Sementara itu dalam perlawanan lainnya, Leicester bermain dengan lebih baik untuk tempoh yang lama menentang PSV tetapi kini menghadapi ujian sukar pada minggu depan dalam perlawanan kedua di Belanda.
Tanpa penyerang yang cedera, Jamie Vardy, pemain Brendan Rodgers hanya mampu melakukan dua cubaan tepat di Stadium King Power. The Foxes berharap untuk mara ke separuh akhir perlawanan Europa buat kali pertama dalam sejarah mereka, selepas turut mara ke peringkat lapan terakhir Liga Juara-juara pada tahun 2016 dan 2017.
“Tiada banyak peluang dalam perlawanan tersebut,” kata Rodgers kepada BT Sport. “Mungkin lebih sedikit kualiti perlu diberikan semasa berada di kawasan lawan pasti akan memudahkannya bagi kami. – AFP