Roma tewas di tangan Verona

MILAN, 20 SEPT – Roma keciciran mata pertama mereka di Serie A di bawah kendalian Jose Mourinho kelmarin ketika Verona bangkit selepas ketinggalan untuk memberikan kemenangan pertama buat jurulatih baharu mereka, Igor Tudor dengan kemenangan 3-2.

Jaringan oleh Lorenzo Pellegrini mendorong pasukan pelawat Roma mendahului perlawanan pada separuh masa pertama ketika mereka mencari kemenangan keempat berturut-turut untuk pembukaan musim ini.

Antonin Barak menyamakan kedudukan untuk Verona sejurus selepas separuh masa kedua bermula dan Gianluca Caprari meletakkan tuan rumah di depan lima minit kemudian.

Jaringan sendiri Ivan Ilic menyamakan kedudukan untuk Roma pada minit ke-60, tetapi rembatan cantik oleh Davide Faraoni memastikan kemenangan untuk Verona selepas kalah tiga kali berturut-turut.

Sementara itu, saingan bandar Roma, Lazio, memerlukan jaringan lewat dari Danilo Cataldi untuk menyelamatkan seri 2-2 di tempat lawan Cagliari.

Tandukan Joao Pedro mengikat Lazio pada awal separuh masa kedua, namun Keita Balde menjaringkan gol kedua Cagliari dan gagal mempertahankannya apabila Cataldi menemukan jaringan.

Perlawanan pertama Serie A di laman sendiri Venezia sejak musim 2001-02 berakhir dengan kekalahan 2-1 kepada Spezia. – AFP