Roman Zozulya terima ancaman maut peminat

MADRID, 18 DIS – Pemain bola kebangsaan Ukraine dicemuh sebagai Nazi oleh peminat semasa perlawanan divisyen kedua Sepanyol musim lalu.

Penghujung musim lalu, penyerang Albacete, Roman Zozulia menerima ancaman bunuh daripada penyokong pihak lawan semasa perlawanan menentang Deportivo Lugo.

Manakala pada Ahad lalu, perlawanan antara Albacete dan Rayo Vallecano, Zozulia dicemuh dengan teriakan dan kain rentang semasa separuh masa pertama.

Liga Sepanyol berkata kedua-dua pasukan meminta pengadil untuk memberhentikan perlawanan dan berkesudahan 0-0.

Semasa perlawanan di Deportivo Lugo Mac lalu, penyokong tuan rumah berulang kali melaungkan kata-kata ‘Die Zozulia’.

Liga Sepanyol ketika itu mengecam laungan tersebut dan membuat aduan kepada Persatuan Bola Sepak Sepanyol.

Beberapa perlawanan juga mendapati terdapat laporan penghinaan terhadap penyerang tersebut oleh peminat bola sepak Sepanyol.

Persatuan Pemain Sepanyol dalam satu kenyataan Isnin lalu, berkata mereka akan bertindak atas peristiwa tersebut. – AP