Romania akan keluarkan sijil digital COVID-19 mulai 1 Julai

BUCHAREST, 10 JUN – Romania akan mula mengeluarkan sijil digital COVID-19 mulai 1 Julai, lapor Agerpress memetik pegawai Kementerian Kesihatan, Andrei Baciu hari ini.

“Sijil itu akan mula dikeluarkan pada 1 Julai bertujuan untuk memudahkan perjalanan antara negara anggota Kesatuan Eropah (EU).

“Kerajaan Romania akan melaksanakannya, sijil yang mempunyai maklumat mengenai (vaksinasi, ujian saringan atau sembuh) itu boleh dimuat turun di laman web khas bermula 1 Julai.” – Bernama