Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Rombongan ITE kunjungi loji rawatan air

    Oleh Salena MS

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Rombongan Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Central Singapura yang terdiri daripada dua orang pensyarah dan 20 pelajar dalam jurusan Hitech in Facility Systems Design dan Hitech in Process Plant Design meneruskan lagi lawatan mereka ke Logi Rawatan Air Agis-agis, Mukim Liang.

    Semasa lawatan tersebut, rombongan telah diberikan taklimat ringkas yang disampaikan oleh salah seorang jurutera loji tersebut, Dayang Imah Farizah binti Anuar.

    Rombongan berkenaan juga berpeluang menyaksikan serta meninjau kawasan loji berkenaan sambil mempelajari bagaimana proses-proses rawatan air yang dijalankan loji tersebut.

    Rombongan ITE Kolej Sentral Singapura ketika bergambar ramai semasa lawatan tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda